~ doa kami ~

ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusan kami..Murahkanlah rezeki kami..Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..Berkatilah rumahtangga kami..Tenangkanlah hidup kami..Bahagiakanlah kami hingga nafas terakhir kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Our Baby

Lilypie Pregnancy tickers
MR. RIGHT...let him remain mystery...

MRS. RIGHT...the writer for this blog...

Mahligai Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

..OUR ANNIVERSARY..

Daisypath Anniversary tickers

..THANKS FOR YOUR PROPOSED..

Daisypath Anniversary tickers
MySpace

my lovely diploma..! !

Daisypath Graduation tickers
Banner created with MyBannerMaker.com
Showing posts with label tentang kawen. Show all posts
Showing posts with label tentang kawen. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Wedding Checklist


3-1 minggu sebelum majlis

-Rawatan pra-perkahwinan di spa rawatan kecantikan agar kesihatan berseri pada majlis kelak.
-Jaga amalan pemakanan anda,lebihkan sayuran dan buahan serta banyakan minum air.Elak makanan berminyak dan berlemak.
-Pastikan semua persiapan majlis telah siap sepenuhnya termasuk hiasan bilik pengantin,ruang akad nikah dan jamuan susulan.
-Pastikan segala barangan atas dulang hantaran telah siap terkumpul di suatu ruang khas di dalam bilik kecuali cincin dan
barang berharga yang lain.
- Pastikan pakaian pengantin anda telah siap diambil dan berpuas hati.
-Ingatkan semua orang yang terlibat dalam majlis anda seperti kadhi (upacara akad nikah) pengapit pengantin,pengiring
kanak-kanak kumpulan kompang.
- Amanah seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
-Pastikan sudah memilih gaya rambut/tudung yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda
-Ingatkan jurusolek-jurudandan akan temujanji majlis anda.
-Ulangi jemputan kepada jiran-jiran berhampiran



3-1hari sebelum majlis

-Pastikan semua persiapan majlis berjalan lancar seperti khemah dan pelamin telah siap di pasang pihak caterer menyediakan segala hiasan dan kelengkapan jamuan.
-Banyak berehat dan cuba tenangkan fikiran dalam bilik dengan mendengar muzik santai dan berada dalam suasana harum
- Mula tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
- Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang,gunting kecil,jarum peniti,keronsang bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan
- Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
- Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
- Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)




Hari Majlis pernikahan
-Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
-Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
-Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
-Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
-Cincin / gelang tangan / rantai.
-Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
-Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
-Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
-Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda




Hari Majlis Perkahwinan
-Bangun awal dan lakukan sedikit gerakan rengangan sambil menarik nafas perlahan-lahan dan hirup udara segar pagi
-Pastikan anda bersarapan pagi kerana anda memerlukan tenaga untuk menjalani hari bersejarah ini.
-Tenangkan fikiran dengan mendengar muzik berirama perlahan dan sembur atau semarakan suasana dalam bilik dengan bauan harum sambil diri anda ditata rias.
-Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
-Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
-Nikmati keseronokan bergelar Raja Sehari biarkan diri anda dilayan bagai Puteri.
-Lemparkan senyuman manis anda pada setiap mata memandang. d ^___^ b


sumber: blog ini....



Tuesday, February 1, 2011

for Bride-To-Be...(B2B)



Stage 1: Perkenalan (In a Relationship)MySpace

Merisik – wakil dari pihak lelaki (sama ada ibubapa ataupun pakcik) pergi ke rumah ibubapa perempuan untuk bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum. Barang yang disediakan ialah cincin belah rotan dan hadiah.


Stage 2: Peminangan (Engagement)MySpace

Meminang - rombongan dari pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang iaitu untuk mengikat tali pertunangan. Mereka akan membawa tepak sireh dan secara tradisi ada acara membalas pantun. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan mengambil tepak sireh dan memberi sireh junjung.

Acara berbalas dulang hantaran juga diadakan pada majlis pertunangan ini. Selepas itu ada sedikit jamuan untuk rombongan dan keluarga pihak lelaki.


Daftar Pernikahan (Registration)MySpace
Proses pendaftaran mungkin sedikit berbeza mengikut negeri. Antara dokumen yang perlu disediakan termasuklah sijil kursus pra-perkahwinan yang sah, ujian saringan HIV di klinik kerajaan, dan salinan kad pengenalan dua orang saksi.


Persediaan (Preparation)MySpace
Persediaan ini disusun mengikut keutamaan dan kepentingan (urgent and important). Kalau buat di dewan, kena tempah awal seelok-eloknya 12 bulan sebelum tarikh nikah.
Antara persediaan lain termasuklah menempah untuk katering, baju pengantin, berkat/cenderahati atau door gift, kad jemputan, jurugambar, pelamin, bilik pengantin, sistem PA, DJ, emcee, silat, kompang serta karaoke atau live band.


Stage 3: Pernikahan (Marriage)MySpace

Akad Nikah (Solemnization)

biasanya diadakan di rumah atau masjid. Pihak lelaki perlu menyediakan mas kahwin atau mahar serta cincin kahwin. Selain itu perlu menyediakan wang untuk memb

ayar khidmat pendaftar nikah dan saksi. Selepas itu biasanya ada jamuan ringkas.

MySpace


Berinai-antara adat orang Melayu dimana pengantin akan bersanding secara bersendirian untuk mengelakkan rasa gemuruh ketika bersanding berdua nanti.MySpace



Kenduri Kahwin-ataupun dikenali sebagai Walimatul Urus (dalam bahasa Arab yang bermaksud jamuan mak

an para pengantin). Antara adat yang terlibat ialah persandingan, menepung tawar dan makan beradap. Selain itu pengantin hendaklah memastikan perkara-perkara yang dirancang berjalan lancar.MySpace



Sambut Menantu-iaitu kenduri perkahwinan sebelah pihak lelaki. Hampir sama dengan sebelah perempuan cuma berlainan tempat.MySpace



Ziarah (Visit) - menziarahi keluarga terutama datuk, nenek, pakcik, makcik kedua-dua pihak untuk memperkenalkan pasangan.MySpace


Berbulan Madu (Honeymoon)-bercuti dan melancong berdua-duaan. best3!!!...

MySpaceMySpace



rujukan: proses kawen

MySpace





Sunday, January 30, 2011

Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011

credit to incik google...





salam......
haaaa...u olls nk tau x...
nti kan...
cam best je kan....
hehehe...
emmm...tapi kan...
banner kat atas tu xtau la btul ke x..
btul kot..
sebab farah terjumpe dlm FB...hehe


emmmm...mase tu mr.right balik...
tapi kan...mase tu msti bizi nk gi kursus kawen...
alaaaa...nk pegi...huhuhu...
sebab cm best je....kn3!!!...


mane la tau, bleh beli barang2 hantaran ke, door gift...
kot2 diorang wat diskaun..hehe...
besnye...jimat skit...
xpyh gi jauh2 kan...hihi...


haaaa....selaku orang terengganu..
farah ajak korang pegi Festival ni...
mesti best!!..cayalah...
name pn wat kat terengganu kan..hehe...


p/s: mr.right....jom kite pegi...heheMySpace





Sunday, January 2, 2011

WALIMATUL 'ARUS

PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS

* Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
* Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
* Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
* Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS


* Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
* Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)




* Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
* Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:

1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

HUKUM MENGHADIRINYA

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG

i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.

viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

DOA BUAT PENGANTIN


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

[ar-Rum 30:21]

Wednesday, December 29, 2010

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.



MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

Cincin belah rotan. (cincin tanda)

Wang tanda (hantaran)

Baju sepasang atau kain

Buah-buahan

Kuih-muih

Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.

Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:

Cincin berlian

Sirih junjung

Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Bagi pengantin lelaki:

Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)

Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

Membeli cincin kahwin.

Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Membeli barang kemas

Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

Cincin / gelang tangan / rantai.

Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)

Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Tuesday, December 28, 2010

Hormatilah Isterimu...(sumber iluvislam.com)

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

..pesanan buat my MR.RIGHT..

Mr. & Mrs. Right's Diary
Back to Top