~ doa kami ~

ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusan kami..Murahkanlah rezeki kami..Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..Berkatilah rumahtangga kami..Tenangkanlah hidup kami..Bahagiakanlah kami hingga nafas terakhir kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Our Baby

Lilypie Pregnancy tickers
MR. RIGHT...let him remain mystery...

MRS. RIGHT...the writer for this blog...

Mahligai Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

..OUR ANNIVERSARY..

Daisypath Anniversary tickers

..THANKS FOR YOUR PROPOSED..

Daisypath Anniversary tickers
MySpace

my lovely diploma..! !

Daisypath Graduation tickers
Banner created with MyBannerMaker.com

Saturday, May 29, 2010

DOA BUAT KEKASIH...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah........
Andai telah Engkau catatkan dia miliku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi


Ya Allah.....
Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian sejahtera dan abadi maka jodohkanlah kami


Tetapi Ya Allah......
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan miliku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengarti
Berikanlah aku kekuatan untu menolak bayangannya
Jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah
Agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersua dengannya


Ya Allah yang tercinta........
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya.....
Apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini


Ya Allah.......
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku
Dunia dan Akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redahi
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah


Ya Allah.......
Kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab neraka
Amin......... Ya rabbal’alamin

No comments:

..pesanan buat my MR.RIGHT..

Mr. & Mrs. Right's Diary
Back to Top