Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.
MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
• | Cincin belah rotan. (cincin tanda) |
• | Wang tanda (hantaran) |
• | Baju sepasang atau kain |
• | Buah-buahan |
• | Kuih-muih |
• | Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara) |
• | Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. |
• | Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. |
• | Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan. |
• | Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut. |
• | Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran. |
• | Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan. |
PADA HARI PERTUNANGAN:
• | Cincin berlian |
• | Sirih junjung |
• | Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan. |
• | Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis. |
MALAM BERINAI:
• | Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda. |
• | Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda. |
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. |
• | Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. |
• | Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.) |
• | Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. |
• | Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya) |
• | Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda |
• | Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. |
• | Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia) |
Bagi pengantin lelaki:
• | Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. |
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia) |
• | Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia) |
• | Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. |
• | Membeli cincin kahwin. |
• | Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. |
• | Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput |
• | Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu) |
• | Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. |
• | Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. |
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. |
• | Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. |
• | Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. |
• | Rawatan intensif muka, badan dan rambut. |
Bagi pengantin lelaki:
• | Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda. |
• | Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki. |
Bagi pengantin perempuan:
• | Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. |
• | Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. |
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Membeli barang kemas |
• | Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. |
• | Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. |
• | Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh |
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. |
• | Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. |
Bagi pengantin perempuan:
• | Pilih |
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. |
• | Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. |
• | Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. |
• | Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. |
• | Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. |
• | Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. |
• | Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda. |
Bagi pengantin lelaki:
• | Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan. |
Bagi pengantin perempuan:
• | Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. |
• | Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki) |
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan |
Bagi pengantin lelaki
• | Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda. |
• | Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai. |
• | Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi. |
• | Cincin / gelang tangan / rantai. |
• | Sirih junjung dan lain-lain hantaran. |
• | Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. |
• | Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut. |
• | Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh |
• | Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. |
PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• | Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya. |
• | Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum. |
• | Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. |
Bagi pengantin lelaki:
• | Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan |
• | Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung |
Bagi pengantin perempuan:
• | Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda. |
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• | Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak. |
No comments:
Post a Comment