~ doa kami ~

ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusan kami..Murahkanlah rezeki kami..Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..Berkatilah rumahtangga kami..Tenangkanlah hidup kami..Bahagiakanlah kami hingga nafas terakhir kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Our Baby

Lilypie Pregnancy tickers
MR. RIGHT...let him remain mystery...

MRS. RIGHT...the writer for this blog...

Mahligai Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

..OUR ANNIVERSARY..

Daisypath Anniversary tickers

..THANKS FOR YOUR PROPOSED..

Daisypath Anniversary tickers
MySpace

my lovely diploma..! !

Daisypath Graduation tickers
Banner created with MyBannerMaker.com

Tuesday, February 28, 2012

Info Bersalin spontan melalui Vagina



Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain.


Prosedur :


1.Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.

2.Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya.

3.Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4.Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.

5.Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.

6.Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar.

7.Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan).

8.Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.

9.Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10.Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting.

11.Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12.Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.








2 comments:

Unknown said...

nerves plak rsnye

kaklong said...

TERBAIK INFO...

mcm kak long dah beranak lak kan...kawin pun blm lagi...ahaks! :)

pe pun, thnks sharing...

..pesanan buat my MR.RIGHT..

Mr. & Mrs. Right's Diary
Back to Top