~ doa kami ~

ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusan kami..Murahkanlah rezeki kami..Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..Berkatilah rumahtangga kami..Tenangkanlah hidup kami..Bahagiakanlah kami hingga nafas terakhir kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Our Baby

Lilypie Pregnancy tickers
MR. RIGHT...let him remain mystery...

MRS. RIGHT...the writer for this blog...

Mahligai Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

..OUR ANNIVERSARY..

Daisypath Anniversary tickers

..THANKS FOR YOUR PROPOSED..

Daisypath Anniversary tickers
MySpace

my lovely diploma..! !

Daisypath Graduation tickers
Banner created with MyBannerMaker.com

Sunday, May 13, 2012

36 weeks..

kejap je masa berlalu..
sedar tak sedar, dah 36 minggu beby duduk dalam perut mummy ni kan..hehe
suke sgt bile pegang prut, rase penuh gitu..
pastu tendangan yg makin kuat dan aktif..

ade sikit info yg farah nk share arini..
pasal minggu ke 36..hmm..
tanda-tanda bersalin pun farah ade masukkan skali kat entry ni..
bacelah ek mummy to be sekalian..hihi :)



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Fetus pada minggu ke-36





Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Tanda-tanda hendak bersalin :-
  1. Bayi Turun Ke Bawah
  2. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  3. sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  4. kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  5. sakit perut, memulas
  6. kerap buang air besar
  7. kerap terkentut
  8. Keluar Lendir Pekat/Berdarah
  9. Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis....
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang...
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban...
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.




Kelahiran....

Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus
2. Enema; untuk membersihkan usus besar
3. Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks
4. Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.






Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1. Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2. Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.

3. Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.




rasenye setakat ni ape yang farah rase cuma nk terkencing slalu..
tunggu jelah lpas ni macammane kan..huhu
debaran kian terasa..
moga Allah permudah segalanya..aminnn












1 comment:

Unknown said...

erk,nervesnye rs

..pesanan buat my MR.RIGHT..

Mr. & Mrs. Right's Diary
Back to Top